Pages

Sunday, January 08, 2017

Trip Bali-Flores, Cunca Wulang

Ini idea Arif juga, nak ke Cunca Wulang katanya. Pepagi Tote dah jemput kami. Sejam perjalanan berliku menaik bukit (30km), 4km jalan sempit masuk kampung, sejam trekking jalan berbatu & masuk hutan, baru sampai ke air terjun Cunca Wulang yang cantik tu. Ingat tak berita kematian dua pelancong Malaysia yang lemas di Flores pada 18 April 2016 (NJ ingat tahun 2015, rupanya tahun yg sama kami sampai) tu? Inilah air terjunnya. Al-Fatihah untuk kedua-duanya. NJ masuk ke hutan bersama-sama seorang guide, hubby tak ikut sebab kakinya sakit lepas pergi ke Gua Rangko semalam, dia lepak dengan penduduk kampung je. Beberapa kali dia pesan kat Arif jangan terjun, but knowing my son, NJ cakap dengan hubby NJ akan pastikan dia tak terjun (sbb NJ tau in the end dia akan terjun gak). Sekarang guide wajibkan pelancong pakai life jacket takut peristiwa sama berulang lagi. Arif yg sikit degil tu beberapa kali minta terjun tanpa pakai life jacket tapi guide tak bagi, katanya bahaya sebab air terjun tu sangat dalam. Alhamdulillah selamat semuanya...

Guide kami

Lepaking with locals










Laju aje guide ni tinggalkan kitorang yg pancit...



Are you kidding me???


Ok Mama, Arip terjun dulu







Capek pas 2 kali terjun hahah..






Allah Maha Mendengar, walau sekecil mana lintasan hati hambaNya. Trip ke sini walaupun tidak dirancang, Arif telah menyebutnya beberapa kali sebelum ni. Tapi bila melihatkan kosnya yg mahal, kami menangguhkannya. Arif malah beritahu kami yg "it's ok, Arif akan pergi sendiri suatu hari nanti as a solo traveller". Well, selepas berita kemalangan dua pemuda tu di sini, lagi lah NJ cuak utk melepaskannya seorang diri ke sini. NJ doakan semua yg akan ke sini baik-baik saja, please respect the nature, ingat Allah sentiasa.

Satu lagi tips, silalah bawa jajan utk penduduk kampung di Flores, a perfect way to mingle with the locals, bring them treats, they will start talking. Perasaan berbaur tatkala melihat keindahan alam ciptaanNya dan melihat/mendengar kepayahan hidup penduduk di sana. Apa yg dpt dibantu adalah memberi secebis kegembiraan melalui sedikit sumbangan & juga senyuman setiap pelancong yg datang ke sana. NJ fikir begitu...

Trip Bali-Flores, Labuhan Bajo
Trip Bali-Flores, Komodo Island & Pink Beach
Trip Bali-Flores, Gua Rangko
Trip Bali-Flores, dan lain-lain...
Trip Bali-Flores, Bali

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails