Pages

Sunday, January 08, 2017

Trip Bali-Flores, Gua Rangko

Hari ini kami sewa motor. Lepas bekfes siap-siap kat resto Padang, kami menuju ke Gua Batu Cermin. Tiba-tiba terlajak ke Gua Rangko. Mak aiii...kalau NJ tau perjalanan nak menuju ke Gua Rangko sangat mencabar, mungkin akan ku pikir 2-3 kali hahahah... Sebab musim hujan, jalannya kurang elok, berlubang-lubang dan lecak. We were lucky dalam perjalanan tetiba ada seorang jejaka katanya dia pengusaha wisata Gua Rangko jadi dia boleh guide kami ke sana. Kalau dia tak ada, rasanya kami dh berpatah balik, tak sanggup nak teruskan perjalanan. Ada beberapa Bule yg patah balik juga sebab tak sanggup nak amik risiko. Kami pun cuak, dah lah motor sewa, katanya cuma nak ke Gua Batu Cermin tapi ke sini pulak. Dah tinggal suku perjalanan baru nampak jalan berturap. Lebih kurang setengah jam dari jalan masuk tadi, akhirnya sampai ke Kampung Rangko. So dari Kampung Rangko tadi, kami sewa pulak bot kecik untuk sampai ke pantai Gua Rangko. Pastu trek 5 minit baru sampai ke mulut gua. Sampai sini dah cuak, eh kenapa tak nampak macam dalam gambar kat internet, dahle gelap. Bila Arif ambil gambar barulah nampak keindahannya yang tersembunyi tu, Subhanallah, indah sungguh ciptaanMu Ya Allah...








Alamak, ada lagi???

Alhamdulillah nampak juga akhirnya jalan berturap


Sampai


Rumah guide kami

Tenang, aman damai je Kampung Rangko




Nak tempah pun buleh
Jeti panjang Kg.Rangko
Bot nelayan



Cuak gak tengok air sejengkal lengan je dari dinding bot, nak berkalih punggung pun takut





The beach


Short trek to the cave

tempting...
mulut gua, turun pakai tali

yuk turun
Subhanallah, cantik kan?



Sorry Arip, mama tak pro, gambar jadi blur kikiki..

Syoknya dia



Alhamdulillah, perjalanan balik kami pun selamat walau terpaksa menempuh kembali jalan yang mendebarkan tu. Otw to hotel, sempat singgah cuci motor yg berselut lumpur tu. Gua Rangko yg cantik, sesiapa yg nak pergi, buatlah persiapan fizikal & mental, bawa bekal utk piknik kat tepi pantai, bawa baju spare, nak berkhemah kat tepi pantai Kg.Rangko tu pun boleh, surau pun ada. Kami tak prepare apa, main redah aje, rasa macam letih pulak dah tua cenggini nak buat macam dulu. The 'expect the unexpected' tu rasa macam dah tak valid utk kami, Arif aje boleh. Anyway, a great experience for us because we build memories together, and I'm forever grateful for that, Alhamdulillah...

"Train your mind to see the good in every situation"

Trip Bali-Flores, Labuhan Bajo
Trip Bali-Flores, Cunca Wulang
Trip Bali-Flores, Komodo Island & Pink Beach
Trip Bali-Flores, dan lain-lain...
Trip Bali-Flores, Bali

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails